Saturday, December 31, 2005

year 2005....in BM...

haha...tiba-tiba saya teringgin sangat mengarang 'blog' saya ini dalam Bahasa Melayu (BM), mungkin kerana saya sudah tidak menggunakan BM selama lebih daripada satu setengah tahun.....haha...kalau ada ejaan atau tatabahasa yang salah, sila tunjuk ajar...heeheeee....okie lah,...tahun 2005.......haizzz....satu tahun yang tidak baik terhadap saya......walaubagaimana pun, ada juga baiknya....misalnya pada awal tahun dalam bulan Januari....dalam bulan tersebut, saya dengan sekumpulan rakan-rakan saya telah berjaya menganjurkan satu pertandingan musik....pertandingan musik in dinamakan Xin Qing Rong Ji,...ia merupakan satu pertandingan dimana calon-calon dapat menulis and cipta lagu mereka sendiri dan menyanyikannya dalam peringkat akhir.......kejayaan menganjurkan pertandingan ini merupakan suatu saat yang sangat mengembirakan terhadap saya....proses-proses yang kami lalui akan saya ingati selalu........selepas aktiviti tersebut, saya tidak lagi menyertai sebarang activiti yang mengambil masa yang lama.....setiap hari saya hanya menghadiri kuliah and balik ke kolej kediaman selepas kuliah...begitulah kehidupan seharian saya...hahaha...selepas tamat perperiksaan pada akhir bulan April, saya terus balik rumah, kerana saya hanya dapat menikmati cuti tersebut untuk 1 bulan tetapi cuti semester saya sepatutnya 3 bulan....haizzz...saya perlu balik ke Singapura untuk 2 bulan kerana saya telah menyertai satu kelab/persatuan.....ia dinamakan Float walhal kolej-kolej kediaman yang lain menamakannya Rag....ini merupakan satu persediaan untuk menyambut 'Rag and Flag Day'....kami perlu mereka cipta dan menghias lori dengan konsep yang kukuh....proses-proses yang saya lalui dalam dua bulan tersebut telah memberikan saya kenangan manis dan pahit.....pada hari 'Rag and Flag Day' tersebut, walaupun saya telah melakukan banyak kesilapan, saya tidak menyesal menyertai activiti tersebut.....hari tersebut merupakan kemuncak bagi saya....segala yang kami telah buat selama 2 bulan akan dipertandingkan....sebaik sahaja saya melihat Float kolej-kolej kediaman yang lain, saya tahu Float kami tidak mungkin dapat memenangi sebarang anugerah.....haha...walaupun begitu, ia masih menyeronokan bagi saya kerana hari tersebut merupakan suatu sambutan yang meriah dan juga merupakan detik-detik yang terakhir untuk kelab/persatuan yang saya sertai itu.....selepas itu, satu semester yang baru pun bermula...dan kehipupan seharian saya pun menjadi jemu....haizzz.....ermmm.....memang tiada apa yang menarik berlaku selepas itu......selepas peperiksaan, saya dapat balik ke rumah dan kali ini tiada had.....muaahahahaha.....selepas lebih kurang 3 minggu, saya balik ke Singapura untuk merancang subjek-subjek yang akan saya ambil dalam semester yang akan datang ini........ermmm....saya rasa ini sahajalah buat kali ini....sekarang,...saya hendak ke Bugis untuk cari kawan saya di sana dan meraikan tahun baru 2006 malam ini....!!!!!.....Selamat Tahun 2006!!!!!!!......Semoga sihat selalu dan berjaya dalam apa jua.....!!!!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home